Tuesday, September 29, 2009

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM

Permohonan kemasukan ke IPTA melalui aplikasi dalam talian (on line application) bagi program pengajian lepasan SPM sesi akademik 2010/2011 telah dibuka.

a. Pemohon boleh melayri Laman Web Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia http://www. mohe.gov.my secara percuma untuk mendapatkan maklumat mengenai permohonan kemasukan ke IPTA. Kursus yang ditawarkan hanya Program Asasi dan Program Diploma sahaja.

b. Permohonan ini adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sahaja.

c. Pemohon perlu menyerahkan salinan kad pengenalan / Mykad(kertas A4 Atas Bawah) dan wang sebanyak RM10.60 kepada kaunselor, En. Lau Kooi Beng selewat-lewatnya 30 Oktober 2009 untuk membeli nombor Unik ID.

d. Pemohon dibenarkan megemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

e. Tarikh tutup penghantaran permohonan ini ialah 10 hari bekerja selepas terikh pengumuman rasmi keputusan SPM 2009.

No comments: