Tuesday, August 26, 2008

Kursus Vokasional Taiwan (Hai Qin Ban)

Murid-murid Tingkatan Lima yang berminat untuk memohon kursus vokasional di Taiwan diingatkan menghantar borang permohonan secepat mungkin. Tarikh tutup ialah pada 31 Ogos 2008. (Borang sampai di Taiwan). Murid-murid yang menghadapi masalah sila berhubung dengan kaunselor sekolah En. Lau Kooi Beng dengan segera. Terima kasih.

Lawatan sambil belajar ke KL

Satu lawatan sambil belajar ke KL telah dijalankan pada 15 hingga 16 Ogos 2008. Ahli rombongan berpeluang melawat ke HELP University College, KBU Internasional College, Nilai Internasional College, dan Taylor's University College. Banyak maklumat IPTS telah diperolehi dan suntikan motivasi juga diberikan oleh pensyarah di IPTS berkenaan. Semoga semua ahli rombongan mendapat manfaat daripada lawatan kali ini.

Forum Kerjaya

Lima orang profesional daripada pelbagai bidang telah diundang ke sekolah Sin Min untuk berkongsi pengalaman dan menyuntik semangat kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM tidak lama lagi. Forum ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

SMJK Sin Min is a Five Star School

Sin Min cemerlang, terbilang pada bila-bila masa!