Wednesday, October 8, 2008

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN STPM

a. Permohonan kemasukan ke IPTA Program Pengajian bagi lepasan STPM sesi akademik
2009/2010 telah dibuka. Murid-murid boleh memohon melalui Aplikasi Dalam Talian
sahaja. Murid-murid boleh melayari Laman Web Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia secara percuma di URL http://www. mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat
permohonan kemasukan ke IPTA.

b. Pemohon dikehendaki membayar RM15.60 seorang dan satu salinan kad pengenalan/ Mykad
(Kertas A4 atas bawah) kepada Kaunselor, En. Lau Kooi Beng untuk menempah Nombor Unik
ID selewat-lewatnya 30 Oktober 2008.

c. Pemohon lepasan STPM boleh memohon ke Program Pengajian Ijazah Pertama di 20 buah
IPTA.

d. Untuk keterangan selanjutnya, sila berjumpa kaunselor di Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN SPM

Permohonan kemasukan ke IPTA melalui aplikasi dalam talian (on line application) bagi program pengajian lepasan SPM sesi akademik 2009/2010 telah dibuka.

a. Pemohon boleh melayri Laman Web Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia http://www.
mohe.gov.my secara percuma untuk mendapatkan maklumat mengenai permohonan
kemasukan ke IPTA.
b. Permohonan ini adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sahaja.

c. Pemohon perlu menyerahkan salinan kad pengenalan / Mykad(kertas A4 Atas Bawah) dan
wang sebanyak RM10.60 kepada kaunselor, En. Lau Kooi Beng selewat-lewatnya 30 Oktober
2008 untuk membeli nombor Unik ID.

d. Pemohon dibenarkan megemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali
pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

e. Tarikh tutup penghantaran permohonan ini ialah 10 hari bekerja selepas terikh pengumuman
rasmi keputusan SPM 2008.