Wednesday, October 8, 2008

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN STPM

a. Permohonan kemasukan ke IPTA Program Pengajian bagi lepasan STPM sesi akademik
2009/2010 telah dibuka. Murid-murid boleh memohon melalui Aplikasi Dalam Talian
sahaja. Murid-murid boleh melayari Laman Web Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia secara percuma di URL http://www. mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat
permohonan kemasukan ke IPTA.

b. Pemohon dikehendaki membayar RM15.60 seorang dan satu salinan kad pengenalan/ Mykad
(Kertas A4 atas bawah) kepada Kaunselor, En. Lau Kooi Beng untuk menempah Nombor Unik
ID selewat-lewatnya 30 Oktober 2008.

c. Pemohon lepasan STPM boleh memohon ke Program Pengajian Ijazah Pertama di 20 buah
IPTA.

d. Untuk keterangan selanjutnya, sila berjumpa kaunselor di Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN SPM

Permohonan kemasukan ke IPTA melalui aplikasi dalam talian (on line application) bagi program pengajian lepasan SPM sesi akademik 2009/2010 telah dibuka.

a. Pemohon boleh melayri Laman Web Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia http://www.
mohe.gov.my secara percuma untuk mendapatkan maklumat mengenai permohonan
kemasukan ke IPTA.
b. Permohonan ini adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sahaja.

c. Pemohon perlu menyerahkan salinan kad pengenalan / Mykad(kertas A4 Atas Bawah) dan
wang sebanyak RM10.60 kepada kaunselor, En. Lau Kooi Beng selewat-lewatnya 30 Oktober
2008 untuk membeli nombor Unik ID.

d. Pemohon dibenarkan megemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali
pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

e. Tarikh tutup penghantaran permohonan ini ialah 10 hari bekerja selepas terikh pengumuman
rasmi keputusan SPM 2008.

Monday, September 22, 2008

Ceramah Pendidikan Sex










Satu ceramah pendidikan sex telah dijalankan pada 21 September 2008 (Ahad). Penceramah jemputan dari JJ Eduventure telah menyampaikan ceramah tersebut kepada murid perempuan Tingkatan 4 dan Tingkatan 2 di Dewan Multimedia SMJK Sin Min.


































Monday, September 15, 2008

Study Abroad Destinations 2008

Dear form 5 students,
News from Bellerbys College and Taylors College. You can get a lot of information preparation for university at United Kingdom, Australia, New Zealand for A-Level, Foundation, GCSE, Year 10.11, 12 on 2 November 2008 at JM Education Counselling Centre, Penang. Partial Scholarships available. For more information, please come to Bilik Kaunseling to see Mr. Lau

Monday, September 8, 2008

2009 Developing Towns Study Grants

Good news from Taylor's University College. Taylor's University College offer 2009 Developing Towns Study Grants. 30% tuition fee waiver for all SPM leavers from Sungai Petani. Programmes include Diploma, Degree courses and Pre-University Studies. Please come to Bilik Kaunseling to get more information. Thank you.

KDU Scholarships 2009

Murid-murid Tingkatan 5,
KDU telah menawarkan scholarships kepada murid-murid Tingkatan 5. Sesiapa yang berminat sila dapatkan borang di bilik kaunseling. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 September 2008 Scholarships yang ditawarkan ialah,
a. High Achiever Scholarship
b. KDU Bursary Awards
c. Joint Scholarship
d. Principal's Scholarship
e. Sports Scholarship
f. Bumiputra Bursary Award
g. Merit Scholarship

Australian Education Fair 2008

Murid-murid yang dikasih,
Australian Education Fair 2008 akan diadakan pada bulan September 2008. Murid-murid boleh memohon scholarships pada hari education fair. Jadual education fair telah ditampal pada papan kenyataan di luar bilik kaunseling. Murid-murid digalakkan membaca iklan tersebut untuk mendapat maklumat yang dikehendaki.


Mr. Lau

Tuesday, August 26, 2008

Kursus Vokasional Taiwan (Hai Qin Ban)

Murid-murid Tingkatan Lima yang berminat untuk memohon kursus vokasional di Taiwan diingatkan menghantar borang permohonan secepat mungkin. Tarikh tutup ialah pada 31 Ogos 2008. (Borang sampai di Taiwan). Murid-murid yang menghadapi masalah sila berhubung dengan kaunselor sekolah En. Lau Kooi Beng dengan segera. Terima kasih.

Lawatan sambil belajar ke KL

Satu lawatan sambil belajar ke KL telah dijalankan pada 15 hingga 16 Ogos 2008. Ahli rombongan berpeluang melawat ke HELP University College, KBU Internasional College, Nilai Internasional College, dan Taylor's University College. Banyak maklumat IPTS telah diperolehi dan suntikan motivasi juga diberikan oleh pensyarah di IPTS berkenaan. Semoga semua ahli rombongan mendapat manfaat daripada lawatan kali ini.

Forum Kerjaya

Lima orang profesional daripada pelbagai bidang telah diundang ke sekolah Sin Min untuk berkongsi pengalaman dan menyuntik semangat kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM tidak lama lagi. Forum ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

SMJK Sin Min is a Five Star School

Sin Min cemerlang, terbilang pada bila-bila masa!