Tuesday, September 29, 2009

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM

a. Permohonan kemasukan ke IPTA Program Pengajian bagi lepasan STPM sesi akademik2010/2011 telah dibuka. Murid-murid boleh memohon melalui Aplikasi Dalam Talian sahaja. Murid-murid boleh melayari Laman Web Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia secara percuma di URL http://www. mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat permohonan kemasukan ke IPTA.
b. Pemohon dikehendaki membayar RM15.60 seorang dan satu salinan kad pengenalan/ Mykad(Kertas A4 atas bawah) kepada Kaunselor, En. Lau Kooi Beng untuk menempah Nombor UnikID selewat-lewatnya 30 Oktober 2009.
c. Pemohon lepasan STPM boleh memohon ke Program Pengajian Ijazah Pertama di 20 buah IPTA.
d. Untuk keterangan selanjutnya, sila berjumpa kaunselor di Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

No comments: