Monday, March 9, 2009

Permohonan Tajaan Program Ijazah Luar Negara

Murid-murid lepasan SPM 2008,

1. Permohonan Tajaan Program Ijazah Luar Negar (PILN) bagi lepasan SPM 2008 dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara tahun 2009

2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.

3. Tarikh tutup permohonan tajaan PILG 2009 adalah 7 hari selepas permohonan dibuka.

4. Maklumat lanjut mengenai program / bidang kursus , syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web http://www.jpa.gov.my mulai hari ini (10 Mac 2009 )

5. Murid-murid hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai program / bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan.

6. Murid-murid yang mempunyai sebarang masalah sila berurusan dengan kaunselor sekolah.

Sekian, terima kasih.

No comments: