Monday, March 9, 2009

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Julai 2009

Murid-murid lepasan SPM yang dikasihi,

1. Kementerian Pelajran Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru mempelawa calon-calon lulusan SPM yang berkelayakan, berpotensi dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepasan SPM.

2. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah:
a. Proram Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara
Bachelor of Science (Honours) dalam Physics, Mathematics, Biology, Chemistry, Clinical Speech Therapy.
Occupational Health Therapy, Audiology, Clinical Psychology
b. Program Kembar Bahasa Perancis
c. Program Kembar Bahasa Jerman
d. Program ijazah Sarjana Muda Perguruan

3. Cara Memohon
Calon dikehendaki memohon secara Aplikasi Dalam Talian (On-line) sahaja dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara mulai 8 Mac 2009 hingga 22 Mac 2009 dengan bayaran sebanyak RM6.00. Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk memberli nombor PIN ini.

4. Sekiranya mempunyai persoalan, sila rujuk kaunselor sekolah.

Sekian, terima kasih.

No comments: