Friday, October 30, 2015

Tawaran Walk-In Masuk POLITEKNIK MALAYSIA Dis 2015

[ Tawaran Walk-In Masuk POLITEKNIK MALAYSIA Dis 2015 ]

Sukacita dimaklumkan, pihak Politeknik Seberang Perai ingin mempelawa pelajar LEPASAN SPM/Kolej Komuniti/Politeknik/PerdaTech/Matrikulasi/Institut Kemahiran bagi mengikuti program pengajian peringkat Diploma yang ditawarkan seperti berikut:
1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
3. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
4. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
5. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Program di atas adalah seperti berikut:
   1. Warganegara Malaysia
   2. Lulus SPM atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:
       o Lulus Bahasa Melayu
       o Lulus Bahasa Inggeris
       o Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran berikut termasuk;
           - Matematik atau Matematik Tambahan
           - SATU (1) mata pelajaran berkaitan Sains / Teknologi / Vokasional
           - SATU (1) mata pelajaran lain
- Syarat kemasukan lepasan selain SPM, sila rujuk www.politeknik.edu.my.
- Calon yang berminat boleh muat turun borang pada pautan berikut: https://www.dropbox.com/s/56ki293wd4r1sxe/BorangManualPSP.doc?dl=0
- Sila lengkap borang permohonan bersama salinan keputusan SPM atau transkrip akademik (lepasan politeknik @ kolej komuniti) dan kembalikan ke pejabat Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Seberang Perai ATAU melalui emel jhep@psp.edu.my dengan KADAR SEGERA.
- Tawaran tertakluk pada kekosongan semasa dan pertimbangan pihak Bahagian Ambilan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik.
- Tarikh pendaftaran pada 23/11/2015 kepada calon yang berjaya.
Bagi calon yang pernah memohon politeknik tetapi belum berjaya, digalakkan hadir ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar, di politeknik yang berdekatan.

No comments: