Tuesday, September 1, 2015

Panduan Permohonan Terjemahan Sijil



1. Lembaga Peperiksaan (LP) menyediakan perkhidmatan terjemahan keputusan peperiksaan ke dalam Bahasa Inggeris sahaja.

2. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96b yang boleh didapati di Kaunter LP, Aras bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya atau boleh dimuat turun daripada laman web LP (http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php) dan diisi dengan lengkap.

 3. Bagi setiap permohonan terjemahan keputusan peperiksaan, pemohon PERLU menunjukkan Sijil / Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang asal atau salinan Sijil / Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang telah disahkan.

 4. Bayaran proses ialah RM10.00 (Ringgit: Sepuluh sahaja) bagi setiap terjemahan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai jika pemohon berurusan sendiri di kaunter.

5. Permohonan terjemahan keputusan peperiksaan melalui pos hendaklah melampirkan bersama salinan kad pengenalan pemohon dan salinan Sijil / Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang telah disahkan untuk verifikasi.

 6. Bayaran proses bagi permohonan terjemahan keputusan peperiksaan melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang Pos (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Cek persendirian tidak diterima.

Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada: LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK E 11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604PUTRAJAYA (UP: UPMPD - UNIT KECIL SIJIL)

No comments: