Monday, November 9, 2009

Tawaran Kemasukan Ke Universiti Teknologi Petronas

Kemasukan untuk sesi Januari 2010 berdasaran Peperiksaan Percubaan SPM 2009

1. Murid yang berminat sila layari laman web URL: http://admissionportal.utp-prism.my/
2. Borang permohonan kemasukan secara 'online' dibuka mulai jam 12.00 tengah hari pada 5 November 2009 hinggan jam 5.00 petang, 15 November 2009
3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut:

a. Salinan Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2009
b. Salinan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4
c. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Pelajar
d. Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kematian Ibu dan Bapa / Penjaga
e. Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa / Penjaga

4. Kesemua dokumen tersebut termasukBorang Permohonan perlu disahkan olehPengetua dan dihantar melalu pos atau serahan tangan ke alamat berikut:

Unit Kemasukan dan Pendaftaran, Pejabat Registri
Universiti Teknologi PETRONAS
31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan
(u/p : Encik Mohad Zulkamain Bin Zulkifli)

5. Setiap pemohonan akan dikenakan yuruan proses permohonan sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja). Pembayaran hendaklah dibuat kepada Universiti Teknologi PETRONAS melalu kaunter CIMB BANK sahaja. No. Akaun 08320000048059. Sila simpan salinan asal slip bank sebagai bukti pembayaran.

6. Borang permohonan, salinan slip pembayaran dan dokumen-dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul Surat bersaiz A4 dan ditulis Nama Pemohon serta No. Kad Pengenalan pada penjuru kiri atas sampul surat.

7. Borang Permohonan dan dokumen-dokumen tersebut perlu sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 18 November 2009.

8. Kursus yang ditawarkan :

a. Chemical Engineering
b. Mechanical Engineering
c. Electrical & Electronics Engineering
d. Civil Engineering
e. Petroleum Engineering
f. Pertoleum Geosciences
g. Information Communication Technology
h. Business Information System

8. Untuk maklumat lanjut sila berjumpa kaunselor,En. Lau Kooi Beng di bilik kaunseling.

1 comment:

Deep Likes a sea said...

sir got any information about medical or pharmacy scholarship to apply ?